Sunday, November 15, 2009

Jasa Emak


Saya pernah membaca tentang buku 'Satu Bulan Tiga Bintang'. Cerita itu buat hati saya tersentuh kerana ia mengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang bernama Umairah Sakinah tetapi lebih selesa dipanggil Om dan abang-abangnya. Mereka mempunyai seorang ibu yang sangat penyayang. Tetapi apabila ibu mereka meninggal dunia disebabkan penyakit barah usus, kehidupan meraka berubah dan Om yang sebelum ini suka bermanja-manja telah berubah menjadi yang lebih matang lagi. Selepas membaca buku ini juga, saya memikirkan bagaimana nasib saya jika emak telah tiada. Selama ini saya selalu mempersiakan jasa yang diberikan oleh emak saya. Saya ingin menjadi anak yang boleh menggembirakan emak saya . Pada akhir -akhir ini saya melihat ramai ibu- ibu di luar sana membuang anak -anak mereka ,saya bersyukur kerana emak tidak begitu.


Ketika saya, abang atau kakak saya sedang menduduki peperiksaan emak akan berpuasa . Setiap pagi ketika saya periksa emak akan memberikan kami (najiha & nabiha) makan kurma, minum air coklat dan susu Biomil untuk tulang . Jadi apabila saya gagal dalam peperiksaan saya akan berasa sedih kerana saya telah mensia-siakan usaha dan mengecewakan pengorbanan emak untuk melihat kami berjaya. Oleh sebab itu, saya berazam untuk menjadi lebih baik. Doakan saya ye...

No comments:

Post a Comment