Sunday, December 6, 2009

Jom ke taman syurga -2


30 November 2009.

Hari tu, saya bersiap awal kerana ada kem ibadah anak sleh di Benut. saya, adik dan kakak saya bertolak dalam pukul 8 pagi lebih. Kakak saya telah dipilih untuk menjadi fasilitator di situ. Jadi bolehla saya tanya banyak-banyak. Cikgu Ismail kata kita mesti jadi manusia yang bermotivasi. Kak Dilah pulak berceramah tentang pesanan Luqman Al Hakim. salah satunya ialah kita mesti bersyukur kepada Allah.


1 Disember 2009.

Kami terpaksa pergi ke sana dengan menaiki teksi. Seperti biasa, Cikgu Ismail akan memberi ceramah terlebih dahulu. Ceramahnya kali ini ilah mengapa pelajar tak bermotivasi. Katanya, "Jika kita tidak tahu apa yang kita mahu, mustahil kita dapat apa yang kita mahu. Kata-kata yang cukup bermakna. Kak Dilah pulak, tajuk ceramahnya, "Jom Berakhlak Mulia!". Kata Kak Dilah, akhlak mulia bukan sekadar pengetahuan, tetapi dijelmakan.


2 Disember 2009.

Kami lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti kerana itu hari terakhir kami di situ. Tajuk yang dibawa hari itu ialah Nikmat oh Nikmat. Kami diberi taklimat supaya menggunakan nikmat yang diberi sebaik mungkin. Tengahri itu, kami dipecahkan kepada dua kumpulan untuk pergi ke 'check point' yang disediakan. Check point yang pertama ialah Azam dan Janjiku terhadap mereka yang paling saya sayang. Check point yang kedua pulak, kami diberi tugasan untuk membuat secara logik kegunaan nikmat-nikmat yang diberi itu. Check point akhir sekali, kami di beri penerangan tentang solat, wudhu' dan tayamum oleh Kak Dilah. Di setiap check point, kami di beri gula-gula. Ehm, bestnya :)

Jom ke taman syurga -1

Minggu lalu, saya bersama adik dan kakak saya pergi menghadiri seminar usia muda di restoren RNI. Kami juga ditemani oleh Kak Ros dan adiknya. Sesampai di sana dalam pukul 8 pagi lebih dengan menaiki bas. Ehm, saya terus kepada motivasi yang saya dapat. Ustaz Ismail dan Ustaz Mahyudin dan Abg Zaki banyak cerita tentang remaja. Kata mereka, usia muda inilah peluang keemasan kita untuk melakukan dengan bersungguh-sungguh seperti belajar. Nabi juga berkata, orang muda lembut hatinya. Jadi jlan keluarnya ialah kita mesti menjadi mukmin yang soleh dan solehah. Keseluruhannya, kita kene jga Allah, barulah Allah jaga kita.

Kejayaan saya


Sebelum cuti sekolah tempoh hari, guru kelas memberitahu saya mendapat nombor satu bagi peperiksaan akhir tahun. Hati saya berdebar-debar, mungkin kerana takut keputusannya merosot. Dalam hal ini, emak saya yang banyak bekorban untuk saya dan adik saya. Biklah, bersambung kembali tentang keputusan peperiksaan akhir tahun. Setelah lama menunggu, guru saya memberitahu bahwa saya mendapat nombor...SATU. Hati yang berdebar-debar tadi kembali tenang. Saya sangat bersyukur kerana doa emak, abah dan saya dimakbulkan. Setelah waktu persekolahan tamat, van Nissan yang dipandu oleh abah tiba di perkarangan sekolah. Say berlari mendapatkan bah. Di dalam van, abah bertanya tentang keputusan saya. Saya tersenyum lalu memberitahu. Abah kata tahniah. Abah suruh usaha untuk dapat yang lebih baik lagi.

Monday, November 16, 2009

Ceritaku


Pada tahun ini, saya mempunyai tangungjawab yang lebih besar iaitu sebagai seorang pengawas. Saya dikenali dengan watak yang ganas dan suka marah orang. Tetapi sejahat-jahat saya pun, saya juga pernah terfikir, atas sebab apa saya mesti marah kepada orang itu. Emak saya pernah menasihatkan saya supaya jangan selalu marah orang. Nanti orang tak suka dengan kita. Saya tersenyum malu. Sudah banyak pengajaran yang Allah beri kepada saya. Kini, saya mula berubah sedikit demi sedikit untuk kebaikan saya, keluarga saya, dan kawan-kawan saya. Saya juga ingin meminta maaf kepada orang yang selalu dimarahi oleh saya. Baiklah, saya akan meyambung menulis selepas berfikir cerita yang akan saya buat selepas ini. Sekian.

Sunday, November 15, 2009

Jasa Emak


Saya pernah membaca tentang buku 'Satu Bulan Tiga Bintang'. Cerita itu buat hati saya tersentuh kerana ia mengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang bernama Umairah Sakinah tetapi lebih selesa dipanggil Om dan abang-abangnya. Mereka mempunyai seorang ibu yang sangat penyayang. Tetapi apabila ibu mereka meninggal dunia disebabkan penyakit barah usus, kehidupan meraka berubah dan Om yang sebelum ini suka bermanja-manja telah berubah menjadi yang lebih matang lagi. Selepas membaca buku ini juga, saya memikirkan bagaimana nasib saya jika emak telah tiada. Selama ini saya selalu mempersiakan jasa yang diberikan oleh emak saya. Saya ingin menjadi anak yang boleh menggembirakan emak saya . Pada akhir -akhir ini saya melihat ramai ibu- ibu di luar sana membuang anak -anak mereka ,saya bersyukur kerana emak tidak begitu.


Ketika saya, abang atau kakak saya sedang menduduki peperiksaan emak akan berpuasa . Setiap pagi ketika saya periksa emak akan memberikan kami (najiha & nabiha) makan kurma, minum air coklat dan susu Biomil untuk tulang . Jadi apabila saya gagal dalam peperiksaan saya akan berasa sedih kerana saya telah mensia-siakan usaha dan mengecewakan pengorbanan emak untuk melihat kami berjaya. Oleh sebab itu, saya berazam untuk menjadi lebih baik. Doakan saya ye...

Kehidupan


Hari ni kakak saya buatkan saya blog untuk tulis tentang kehidupan saya dan adik saya. InsyaAllah, saya akan tulis tentang kehidupan. Tadi saya ada tulis jugak di Microsoft Office Word 2007, tapi dah padam sebab taknak ada yang baca. Malu... Oklah, tentang kehidupan.

Kehidupan itu mesti ada dugaan dan cubaan. Tapi siket je. Walaupun sikit, tapi saya rasa nak nagis je. Mengeluh pun adalah jugak. tapikan, kalau nak dibandingkan dengan ujian yang Allah beri pada kanak-kanak di Palestin sana. memang jauh bezanya. Saya tengok di sana semakin diberi dugaan dan cubaan semakin kuat iman diorang kepada PenciptaNya. Tak macam saya, baru diberi ujian sikit dah nak mengeluh.

InsyaAllah, saya akan mengikuti jejak kanak-kanak di Palestin. Sekarang saya ingin memberi ruang kepada adik saya tu untuk menulis pulak. Sekian.